Netflix pelan percuma diumumkan, bukan di Malaysia

Digital
15 Nov 2021 • 10:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Penduduk Vietnam kini boleh menonton kandungan di Netflix secara percuma. Pengendali platform penstriman video itu telah mengumumkan pelan percuma yang boleh mula dilanggan 11 November 2021 lalu. Vietnam adalah negara pertama di Asia yang menikmat servis percuma itu dan ia adalah yang kedua di dunia selepas Kenya.

image is not available

Dibawah akaun percuma, Netflix menghidangkan pelbagai kandungan ekslusif seperti:

  • Squid Game
  • Money Heist: Part 5 Vol. 1
  • Emily in Paris

Tidak seperti Spotify plan percuma yang membanjirkan pengguna dengan iklan, Netflix percuma tidak pula disuntik iklan. Hadnya cumalah pengguna hanya boleh menonton kandungan ekslusif Netflix dan tiada fungsi muat turun kandungan untuk ditonton apabila berada di luar talian.

Satu lagi maklumat yang tiada adalah pada resolusi berapakah penstriman berlaku kerana pelan berbayar yang lebih rendah, pengguna menonton pada resolusi bermula 480p manakala yang lebih mahal, mereka barulah diberikan kandungan 4K UHD.

image is not available

Di Malaysia, tiada pelan percuma. Langganan boleh dilakukan pada harga serendah RM17 hingga RM55. Hanya pelanggan pelan Premium sahaja menikmati ciri 4 penstriman serentak, 2 untuk Standard manakala 1 masing-masing untuk pelan Mobile dan Basic.

Sumber: Netflix

Bacaan Berkaitan