Huawei MatePad T10 kini ada varian storan lebih besar, varian sedia ada diberi diskaun RM300

Digital
19 Nov 2021 • 4:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei memperkayakan penawaran tablet mereka apabila memperkenalkan dua varian MatePad T10 yang lebih tinggi spesifikasi. Kini, MatePad T10 boleh didapati dalam tiga varian berikut:

  • MatePad T10s (4+128) RM999
  • MatePad T10 (4+64) RM799
  • MatePad T10 (2+32) RM799 RM499

image is not available

Kesemua produk ini boleh didapatkan bermula 22 November 2021 melalui gedung dalam talian Huawei sama ada di Lazada ataupun Shopee. Ada promo terhad berjalan apabila anda dapatkan MatePad T10 64GB atau MatePad T10s antara 22 November hingga 31 December 2021. Anda akan terima seunit folio cover secara percuma.

Bukan setakat promo itu, ada lagi promo lain sedang berjalan selari iaitu:

  • Rebat RM100 untuk pembelian MatePad 10.4 (128GB)
  • Percuma Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil bila anda beli MatePad 11 (24-26/11 Stor Huawei Experience, 25/11 Stor Online Huawei & Stor Huawei Lazada, 27/11 Stor Huawei Shopee).

image is not available

Spesifikasi MatePad T10

MatePad T10 adalah sebuah tablet dengan panel paparan 9.7" pada resolusi HD+. Walaupun resolusi agak rendah, ia masih diberikan panel IPS berbanding kebanyakan tablet murah lain yang diberikan panel TFT.

image is not available

Bagusnya tablet ini adalah konfigurasi speaker stereo yang akan menambah baik pengalaman menonton kandungan multimedia. Kalau ingin mendengar audio secara bersendirian, ia ada jek audio 3.5mm ataupun gunakan saja TWS Bluetooth 5.2.

image is not available

Baterinya besar, 5,100mAh namun tidaklah diketahui sama ada ia menyokong pengecasan pantas ataupun tidak. Storannya boleh diperluas melalui slot khas. Atas papan utama, ia diperkasa Kirin 710A.

image is not available

Bacaan berkaitan