JPS peruntuk RM35 juta laksana dua projek kolam takungan banjir

26 Nov 2021 • 9:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh NORHAYATI YAHAYA

SHAH ALAM, 26 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor memperuntuk RM35 juta bagi melaksanakan dua projek kolam takungan banjir di Sungai Gong, Gombak dan Kampung Budiman, Meru.

Dato’ Menteri Besar berkata sebanyak RM15 juta diperuntuk bagi projek Kolam Takungan Banjir Rawang Integrated dan RM20 juta pula bagi Kolam Takungan Banjir Kampung Budiman.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata JPS juga menyediakan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (Pisma) melibatkan kawasan Sungai Besar di Sabak Bernam dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

“Kerajaan Negeri melalui JPS Selangor akan menyediakan Pisma dengan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan peruntukan pada tahun 2022 yang dipohon adalah sebanyak RM1.5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.