Motorola Bakal Keluarkan Telefon Pintar Dengan Kamera 200MP?

Digital
25 Nov 2021 • 3:11 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Motorola

Pernah dengar jenama telefon pintar Motorola? Siapa tak kenal memang dia tak ‘legend’ sebab suatu ketika dulu, Motorola merupakan salah satu telefon pintar popular yang menjadi kegilaan ramai. 

Setelah sekian lama menghilang, jenama ini sudah mula kembali aktif ke pasaran Malaysia untuk bersaing dengan jenama lain. Terbaru, Motorola memperkenalkan 2 telefon pintar mereka di pasaran iaitu e40 dan Edge 20 Pro.

Baru saja masuk 2 model, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Motorola berkemungkinan akan menghasilkan telefon pintar terbaru mereka nanti dengan kamera yang menggunakan sensor 200 megapixel.

Bukan tu jer, terdapat juga desas-desus yang mengatakan bahawa ia merupakan antara telefon pintar terawal yang akan dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1. Pergh! Bukan biasa-biasa ni.

Mampukah jenama ‘legend’ ini menghangatkan kembali jenama mereka ke pasaran Malaysia? Apapun, perkara ini hanyalah jangkaan. Sama-samalah kita tunggu sama ada ianya benar-benar berlaku ataupun tidak.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.