Lebih 46k Karya NFT Telah Diterbit Melalui Pentas Dalam Tempoh 90 Hari Pertama

TechnologyDigital
22 Nov 2021 • 9:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pentas.io merupakan salah satu platform yang memfokuskan kepada jual-beli karya secara NFT, dan digunakan meluas oleh pengguna tempatan. Hari ini, Pentas berkongsi berkenaan pencapaian mereka dalam tepoh 90 hari pertama.

Menurut Pentas, sehingga ke hari ini, sekitar 46,291 karya telah ditempa melalui platform mereka. Ini sekaligus menjadikan secara purata, sebanyak 508 karya ditempa setiap hari, atau lebih 21 karya setiap jam.

Kebelakangan ini, lebih ramai dilihat menceburi arena NFT melalui Pentas, malah pada bulan ini, ia turut menyaksikan salah satu karya NFT dijual pada nilai melangkaui RM45k di Pentas.io.

Komuniti disebalik Pentas sendiri agak aktif, dan mengikut perancangan pihak pembangunnya, pelbagai jenis karya dan sokongan lain bakal ditawarkan melalui Pentas – termasuk seperti muzik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved