Nah, Rezeki Macam Air Zam-Zam. Tidak Pernah Putus!

Opinion
18 Nov 2021 • 10:00 AM MYT
Nor Azlina Ina
Nor Azlina Ina

Suka menulis dan bercerita. Aksara sebagai peneman Ghostwriter sepenuh masa

image is not available

Sering mengeluh, katanya rezeki macam air keluar. Anak sakit, pasangan sakit, ibu bapa sakit dan kereta anda juga sakit. Banyak perlu dibaiki, rosak sana sini. Anda ditimpa musibah. Agak-agak anda, kenapa ianya terjadi? Seolah rezeki itu tadi tidak lekat kepada anda. Nauzubillah min zalik. Takut pula, kan? Adakah kerana kita 24 jam memikirkan duit sepanjang masa? Fikirkan duit sampai diri stress. Bekerja lebih 24 jam kerana mengejar duit? Sedih bila mendengarkan hal begini berkaitan duit. Kerja bagai nak gila semata-mata duit.

image is not available
Credit to: Unsplash

Rezeki tidak boleh dikejar, sebaliknya jemput ia dengan melakukan amalan-amalan tertentu. 

Nah, rezeki macam air zam-zam. Tidak pernah putus! Ini yang perlu anda lakukan: 

1. Solat awal waktu rezeki tidak putus

Masuk jer waktu solat, terus ambil wuduk. Tinggalkan kerja anda sebentar. Hanya dengan utamakan Allah SWT, sebab Allah beri apa yang kita mahukan. Kejar akhirat dulu, dunia mengejar kita.


2. Bangun tengah malam, mengadu pada Allah melalui solat-solat sunat hajat, tahajud, dan taubat

Mengadulah kepada Allah. Kerana Allah Maha mendengar. Anda berceritalah kepada-Nya. Lakukan solat-solat sunat di tengah malam di mana keadaan itu orang lain sibuk tidur.


3. Membaca Al-Quran serta memahami maksud setiap surah

Cari Al-Quran yang mempunyai terjemahan.


4. Banyakkan berzikir serta memahami maksudnya

Berzikirlah dengan nama-nama Allah, Asma al Husna sebagai rutin harian anda. Iaitu Ya Razzaq (maha pemberi rezeki), Ya Bari (Maha merancang, mudahkan urusan), Ya Fattah (Maha membuka), Ya Muqit (Maha mencukupkan dan kekuatan).


5. Sedekah

6. Jangan bergaduh suami isteri

Antara yang perlu di jaga dalam hubungan suami isteri. Macam mana marah sekalipun terhadap pasangan, jangan bermasam muka. Berikan layanan yang baik kepada pasangan. Reda apa yang berlaku. Sentiasa bertolak ansur.  

7. Reda

Sering kita menyalahkan diri. Jika aku lakukan ini dulu, semuanya takkan terjadi sekarang. Seolah rasa menyesal akan hal yang telah berlaku, walaupun hal sudah berpuluh tahun sekalipun. Sebagai contoh, kita tidak reda jadi gemuk, asyik salahkan diri sendiri. Diuji dengan kemalangan, dan menyalahkan diri. Jangan lakukan begitu! Sebaliknya, reda apa yang telah berlaku. Jangan bebankan fikiran dan jiwa. Bila jiwa kacau-bilau, pelbagai hal tidak diduga juga akan datang. Jadi, reda apa sahaja yang berlaku. Belajar memaafkan diri sendiri dan orang sekeliling. Insyallah, hal positif pasti menyusul.


Nota tambahan: 


1. Lakukan sedekah selepas subuh, setiap hari beserta niat. 50 sen sehari pun boleh. Ikhlaskan hati. Jika tabung penuh, hantarkan kepada masjid atau surau berdekatan. 


2. Nak sedekah, perlu sedekah pada orang terdekat dahulu. Bantu yang terdekat. Seperti adik beradik dan saudara mara. 


3. Jangan lupa beri belanja pada kedua-dua orang tua kita tanpa lompong. Hubungi mereka dengan kerap, jika berjauhan.


4. Dah buat semua diatas, pastikan jangan terlalu fikirkan *DUIT*, hal ini disebabkan anda akan sering diuji dengan masalah kewangan sahaja. 


5. Cara betul, lakukan kerja dan rutin anda seperti biasa. Insyaallah, Allah akan hadirkan rezeki satu persatu dalam hidup anda. Bergantung lah kepada Allah. 

Akhir sekali, jika mahukan rezeki macam air zam-zam, yang tidak pernah putus ini, sila perbanyakkan amalan diatas dalam kehidupan. Ganjarannya Allah berikan di dunia dan akhirat kelak. Kerana dengan amalan tersebut, Allah bukakan pintu-pintu kerezekian yang lain juga. Usaha dan tawakkal juga perlu ada dalam diri kita sebagai umat Islam. 


Nor Azlina Ina adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.