CEO Epic Games Cadang Satu Kedai Aplikasi Universal Meliputi Semua Platform

TechnologyGamingDigital
16 Nov 2021 • 11:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Epic Games sedia “berperang” dengan Apple dan Google disebabkan oleh cas pada kedai aplikasi, selain mengatakan terdapat monopoli kedai aplikasi oleh pemilik platform. Apa pun, terbaru, CEO Epic Games mencadangkan supaya sebuah kedai aplikasi universal yang menyokong semua platform diperkenalkan dalam melawan monopoli oleh pemilik platform.

image is not available

Bercakap mengenainya, CEO Epic Games mengatakan kini terdapat pelbagai kedai aplikasi – termasuk Google Play untuk Android, App Store untuk iOS, PlayStation Store, Xbox, Nintendo Switch, Microsoft Store dan juga Mac App Store. Epic mencadangkan yang mana pengguna perlu diberikan peluang untuk membeli perisian atau aplikasi di satu tempat, dan mengakses dan menggunakannya pada sebarang platform.

Walaupun cadangan pihak Epic Games ini agak menarik, tetapi secara tidak langsung ia akan mencipta sebuah syarikat monopoli baharu.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut arena kedai aplikasi ini, yang melibatkan Epic Games ini.