Digi Akan Menamatkan Rangkaian 3G Pada Disember 2021 Ini – Berkongsi Jadual Mengikut Negeri

TechnologyDigital
23 Nov 2021 • 10:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Digi kini melalui laman rasmi mereka, telah menerbitkan jadual penamatan rangkaian 3G, yang akan berlaku sepanjang bulan Disember ini.

image is not available

Menurut Digi, mereka akan menamatkan rangkaian bermula 6 Disember 2021 ini di Kelantan, Pahang dan Terengganu, dan diikuti di Sabah pada 13 Disember 2021.

Johor, Melaaka dan Negeri Sembilan pula akan menyaksikan penamatan rangkaian 3G oleh Digi pada 16 Disember kelak, diikuti Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang pada 20 Disember 2021.

Rangkaian 3G Digi seterusnya akan ditamatkan di Selangor, KL dan Putrajaya pada 22 Disember 2021, dan akhir sekali di Sarawak pada 30 Disember 2021.