Digi buka kedai rasmi di Shopee Mall, tawar diskaun RM70 beli peranti

Digital
17 Nov 2021 • 1:52 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Peminat beli-belah di Shopee pasti gembira dengan berita ini kerana Digi mengumumkan bahawa mereka telah membuka kedai rasmi Digi di Shopee Mall. Ini membolehkan pengguna Digi mendapatkan pelbagai produk Digi dan membuat bayaran serta menerima ganjaran di Shopee.

Di samping itu, kedai Digi di Shopee Mall juga menyediakan pemulangan mudah tanpa soal selama 15-hari, dan sudah pasti jaminan produk tulen 100%. Pelanggan juga boleh menjangka tempoh penghantaran pantas yang diuruskan oleh Shopee.

image is not available

Sempena pembukaan kedai di Shopee Mall ini, Digi menawarkan tawaran istimewa terhad iaitu diskaun RM70 untuk pembelian peranti. Hanya masukkan kod promosi DIGIMALL semasa membuat pembayaran, tetapi ia hanya untuk 100 pelanggan pertama sahaja.

Selain peranti, Digi turut menjual pelan prabayar di Shopee. Selepas membeli pelan prabayar Digi di Shopee, pengguna akan menerima kod menerusi notifikasi Shopee. Dengan kod tersebut, pengguna boleh mengaktifkannya melalui dua cara. Pertama dengan mendail 123# (Contoh: 1231023588466#). Kedua melalui aplikasi MyDigi, di ruangan Reload > Pin.

image is not available

Dengan adanya kedai Digi di Shopee Mall, pengguna boleh menggunakan kupon serta Coins Shopee yang dikumpul untuk membuat bayaran. Aplikasi MyDigi juga ada menyediakan baucar Shopee yang ditawarkan dengan diskaun, dari semasa ke semasa. Jadi jangan lupa untuk menyemak aplikasi MyDigi anda.