Pra-Tempah OPPO A95 Disertakan Hadiah Menarik

TechnologyDigital
11 Nov 2021 • 3:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Minggu depan bakal menyaksikan pelancaran telefon pintar terbaru dari OPPO iaitu OPPO A95 dan hari ini mereka telah mula membuka pendaftaran minat untuknya, dan juga tawaran yang menarik disediakan bagi mereka yang melakukan pra-tempah. 

OPPO A95 dilengkapi dengan sistem tri-kamera di bahagian belakang, bateri 5,000 mAh serta pengecasan pantas 33W. Tidak terhenti disitu, ia juga mempunyai memori 8GB RAM serta pilihan memory maya (virtual RAM) sebesar 5GB dan storan 128GB tersedia untuk pengguna.

image is not available

Bagi anda yang melakukan pra-tempah, anda turut boleh membeli Enco Buds pada harga promosi RM 1. Dan bagi pengguna yang mempunyai keahlian OPPO sedia ada, anda akan menerima kod promosi RM 50 untuk pembelian OPPO A95. Bagi pelanggan yang melakukan pra-tempah secara atas talian dan memilih untuk mengambil peranti ini di keda OPPO rasmi, anda juga akan menerima jaminan tambahan 6 bulan yang bernilai RM 49.90 serta VOOC Powerbank yang bernilai RM 229

Anda boleh melakukan pra-tempah A95 di halaman rasmi OPPO, dan sama-sama kita nantikan pelancaran peranti ini pada minggu hadapan, 15 November 8PM di Facebook OPPO Malaysia.