Google Pixel 6a Akan Hadir Dengan Cip Google Tensor, Tapi Kamera Kekal 12MP

TechnologyDigital
24 Nov 2021 • 9:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Imej pengolokan Google Pixel 6a telah tertiris sebelum ini. Ia dilihat menggunakan rekaan mirip Pixel 6, iaitu dengan bar kamera.

Ini memberi petanda yang kehadiran peranti ini sudah semakin hampir. Terkini, menurut 9to5Google – Pixel 6a turut akan menggunakan cip pemprosesan terbaru Google iaitu Google Tensor. Menjadikan peranti Pixel pertama dengan cip setaraf peranti mercu mereka Pixel 6 dan Pixel 6 Pro.

image is not available

Akan tetapi, Google dilihat akan mengekalkan penggunaan sensor kamera yang sama digunakan sejak Pixel 3 sehingga Pixel 5a – iaitu 12.2MP Sony IMX363. Selain itu, sensor kamera kedua untuk sudut ultra lebar turut dikatakan kekal – 12MP Sony IMX386 bersama dengan kamera swafoto 8MP daripada sensor Sony IMX355.

image is not available

Seperti yang tertiris sebelum ini, saiz skrin dikatakan adalah 6.2-inci panel OLED dan Google akan membuang port bicu audio 3.5mm. Google dilihat cuba mengikut strategi Apple, di mana peranti paling “murah” mereka sama dengan peranti premium hadir dengan cip sama.

Apa kata anda mengenai laporan ini?