Shopee Mengalami Gangguan Teknikal Untuk Melakukan Pembayaran

TechnologyDigital
11 Nov 2021 • 12:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tarikh 11.11 merupakan salah satu tarikh yang dinantikan ramai dalam mendapatkan produk kegemaran mereka – kadang-kala pada harga diskaun. Namun, untuk sebahagian pengguna Shopee, kini ia dilihat agak sukar untuk membuat pembelian.

Shopee dilihat menghadapi masalah teknikal, termasuk dari segi mengakses perkhidmatan web mereka, selain melakukan pembayaran menggunakan ShopeePay.

image is not available

Melalui saluran sosial, pihak Shopee mengesahkan perkara ini, dan mengatakan sedang berusaha membaik-pulih isu ini secepat mungkin.

Masalah ini dilihat tidak memberikan impak kepada keseluruhan pengguna, dan hanya sebahagian sahaja.