GALAX GeForce RTX 3060 MetalTop Mini FG] Ialah Kad Grafik Sesuai Untuk PC Kecil

TechnologyDigital
25 Nov 2021 • 3:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Binaan komputer desktop kerdil boleh dikatakan sebuah hobi yang semakin meningkat kehadirannya kini, khususnya apabila syarikat-syarikat mula mengeluarkan komponen-komponen dengan rekaan Mini ITX dari papan induk ke kad grafik.

image is not available

GALAX, sebuah jenama pembuat komponen komputer yang cukup terkenal baru sahaja memperkenalkan rekaan kad grafik terbaru mereka, iaitu GALAXY GeForce RTX 3060 MetalTop Mini yang hadir dengan rekaan yang boleh dimuatkan kedalam rangka komputer mini ITX yang cukup kecil sekali.

image is not available

Kad grafik ini hadir dengan ketebalan 4cm, panjang 16.8cm dan hanya selebar 11.8cm. Ia menggunakan penutup penyejuk yang diperbuat daripada logam, dan untuk mengalirkan haba daripada komponen, ia menggunakan satu kipas 10mm dengan teknologi 0dB, yang bermakna bahawa kipas ini hanya akan berpusing apabila bahagian GPU meningkat ke satu suhu yang ditetapkan.

image is not available

Kad grafik ini juga menggunakan komponen GPU GA106-302, iaitu cip pemprosesan grafik khusus yang hadir dengan kadar melombong kriptowang rendah (Low Hash Rate) yang diharap akan memastikan bahawa mereka yang benar-benar memerlukan kad grafik ini akan membelinya.

GALAX dilihat hanya mempromosikan kad grafik ini untuk pasaran China setakat ini. Walaupun begitu, ia bukanlah begitu mengejutkan sekiranya ia dilihat bahawa mereka akan juga memperkenalkan kad grafik ini untuk pasaran-pasaran lain seperti Malaysia juga di masa akan datang.

Sumber: VideoCardz