Fungsi terbaru iPhone 13 jadikan baikpulih skrin pihak ketiga hampir mustahil

TechnologyDigital
5 Nov 2021 • 4:01 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Banyak kedai baikpulih iPhone telah ada di Malaysia. Malah ada yang menawarkan pembaikan terus seperti mengganti skrin secara bersemuka, bagi meraih keyakinan pemilik. Tetapi dengan iPhone 13, baikpulih pihak ketiga mungkin tidak dapat lagi dilakukan, kerana Apple telah memasang “pagar” baru untuk menghalangnya.

Pakar pembuka dan baikpulih peranti, iFixit sebelum ini telah berkongsi masalah di mana mereka tidak lagi dapat mengguna Face ID apabila menggantikan skrin iPhone 13. Kini iFixit membentangkan laporan lebih terperinci tentang kenapa masalah ini berlaku.

Secara ringkas, iFixit menyatakan ia adalah masa depan gelap buat mereka yang berminat membaiki sendiri, tidak kira profresional atau secara hobi. Skrin iPhone 13 tidak lagi boleh diganti sendiri atau pihak ketiga, kerana ia dipadankan bersama sebuah cip kawalan mikro, menurut pakar sebagai nombor siri.

image is not available
Cip kawalan mikro di skrin iPhone 13

Apple ada menyediakan cara pemadanan nombor siri cip ini bersama skrin, kepada juruteknik yang dibenarkan dan memiliki capaian kepada perisian khusus, Apple Services Toolkit 2. Ia membolehkan juruteknik menyelaraskan padanan nombor siri melalui pelayan awan Apple, serta memberi kuasa kepada Apple untuk membenarkan atau menolaknya.

Kepada juruteknik bebas atau persendirian, mereka boleh cuba mendapat kebenaran kepada Apple Services Toolkit 2 dengan mendaftar di dalam Program Apple Independent Repair. Tetapi iFixit itdak menggalakkannya jika juruteknik mahu menjaga privasi pengguna.

Cara menggantikan skrin iPhone 13 bersama cip kawalan mikro. SUMBER: iCorrect

Satu lagi cara lain adalah dengan mengalihkan cip daripada skrin asal iPhone 13 ke dalam skrin baru yang diganti. Tetapi cara ini sangat leceh dan renyah, serta memerlukan peralatan bernilai ribuan ringgit.

Apple sendiri tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini. Malah, kemaskini iOS 15.0 menayangkan notis Face ID tidak boleh digunakan selepas skrin ditukar, di mana sebelum ini tiada notis keluar tetapi Face ID langsung tidak berfungsi.

image is not available

Apple telah sekian lama cuba menghalang pihak ketiga daripada dibenarkan akses kepada produk mereka, melainkan berdaftar serta menerima pengiktirafan seperti Made For iPhone (MFI). Adakah anda bersetuju dengan langkah Apple untuk menyusahkan lagi baik pulih pihak ketiga ini?

[Sumber: 9to5mac, iFixit]

Bacaan Berkaitan