Larangan Aktiviti Pendakian Di Hsk Selangor Mulai Esok

30 Nov 2021 • 3:30 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan Bernama

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini bermula esok (1 Disember) hingga 31 Januari 2022.

Menerusi notis yang dimuat naik dalam Facebook rasmi JPNS, Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata pelanggaran terhadap notis tersebut akan diambil mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. 

Ahmad Fadzil ketika dihubungi berkata larangan tersebut dibuat bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan dalam kalangan pendaki pada musim tengkujuh ketika ini. 

Orang ramai boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/03-55447507 atau e-mel ke admin_eco_park@forestry.gov.my untuk maklumat lanjut. - Bernama