LZS sumbang RM3.74 juta bantu 18 hospital urus pesakit B40

15 Nov 2021 • 11:56 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 NOV: Sebanyak 18 hospital dan institusi perubatan sekitar Selangor serta Kuala Lumpur menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia.

Sumbangan berjumlah RM3.74 juta diagihkan secara berfasa mulai Jun dengan setiap pusat perubatan menerima antara RM40,000 hingga RM300,000, kata ketua pegawai eksekutifnya.

“Bantuan dalam bentuk geran disasar kepada pesakit beragama Islam yang kurang mampu (B40) dan memerlukan kos biaya hospital terutama dalam situasi pandemik Covid-19,” kata Saipolyazan M Yusop.

Pusat perubatan yang menerima bantuan termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Sungai Buloh.

Turut menerima sumbangan ialah Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Hospital Canselor Tuanku Muhriz serta Institut Kanser Negara.

Selasa lalu, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyerahkan sumbangan kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Selangor Dr Faizal Mat Ariffin di Istana Bukit Kayangan dekat sini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved