Cara Ini Bantu Anda ‘Rajin Bersenam’

Health & Fitness
11 Nov 2021 • 11:00 AM MYT
Nor Azlina Ina
Nor Azlina Ina

Suka menulis dan bercerita. Aksara sebagai peneman Ghostwriter sepenuh masa

image is not available

Cara ini bantu anda ‘Rajin bersenam’. Bunyinya seakan sukar bukan? Ingin konsisten bersenam memang sukar dilakukan oleh mereka yang tidak pernah bersenam. Tetapi, jika anda sudah biasa bersenam, anda boleh jadi konsisten bersenam setiap hari. Bersenam dengan gembira dan teruja setiap hari sewaktu melakukan. 

Apabila bersenam, ada satu hormon akan dirembeskan oleh badan, iaitu hormon endorphine. Kita akan menjadi gembira bahkan orang sekeliling juga (sebab kita bersenyum dan tidak beremosi pada orang sekeliling).

Bagi menghilangkan kemurungan dan nak hilangkan stress, tak perlu senaman yang susah ya. Memadai kita selesa. Itu yang paling penting ya!


Lumrah manusia, selagi tidak jatuh sakit. Selagi itulah tidak menjaga kesihatan badan. Dan apabila diuji dengan kesihatan, barulah kita faham erti penyesalan bagaimana. Seharusnya perlu sentiasa menjaga kesihatan badan, tidak kira sakit mahupun keadaan sihat. Perlu ubah mentaliti bukan bersenam hanya untuk kurus sahaja, ianya lebih kepada kesihatan dan kecergasan.

Ini 6 cara ingin konsisten bersenam:

image is not available
Credit photo : Unsplash

 

1. Pilih senaman yang bersesuaian dengan diri. Jangan ikut orang lain

Pilih senaman yang bersesuaian dengan umur, berat badan, dan jantina anda. Pada permulaan memang rasa penat dan lenguh-lenguh badan, tetapi percayalah keesokan harinya bersenam badan akan menjadi lebih ringan untuk melakukan senaman seterusnya.

2. Nikmati erti bersenam yang sebenar

Jangan paksa diri. Sakit, berhenti. Suka dan tidak membebankan sila teruskan. Aku buat 30 minit je sehari. 

Pilih senaman yang seronok sebagai contoh zumba. Ini akulah, sebab sekali dengan muzik, kan? Jadinya semakin enjoy dan seronok dengan senaman tu. Nak lakukan sejam pun boleh, sebab enjoy. Tidak stress. 

3. Langkah pertama untuk konsisten bersenam

Mulakan masa senaman yang pendek dahulu sebagai permulaan. Dah biasa, panjangkan waktu senaman anda. Mungkin sebagai permulaan 15 minit, bila sudah lama dan seronok, cuba panjangkan masa bersenam antara 30 minit atau sejam.

4. Mindset untuk konsisten bersenam

Tanamkan dalam diri, nak sihat. Bukan bersenam sebab nak kurus. Sebab kurus tidak boleh berhasil dalam sehari. 

Tanamkan dalam fikiran juga, nak bersenam bukan sebab nak pakai baju kebaya. Ini merupakan salah mindset! Jika anda gagal kurus, pastinya mengundang kecewa. Seterusnya, anda mengangkat bendera putih.

5. Jenis senaman memainkan peranan untuk konsisten bersenam 

Ada banyak jenis senaman. Nak zumba ke, tabata ke brisk walk, hiking, berbasikal atau paling berat sikit cuba zapin. Pun masih mengeluarkan peluh. 

6. Masa memainkan peranan untuk konsisten bersenam

Anda tentukan masa untuk bersenam. Pagi, petang atau malam?

Tiada kesalahan dalam menentukan masa untuk bersenam sebenarnya. Bahkan, andalah yang menentukan masa untuk bersenam. Buat anda yang bekerja, pastikan mempunyai ‘gap’ selepas waktu pulang kerja. Sekurangnya sejam, ini kerana kita tidak mahu dengan melakukan paksaan keatas jantung. Bila jantung rasa terbeban, ia membolehkan darah gagal mengepam jantung anda seterusnya berkemungkinan besar hadapi nyawa hilang secara mengejut.

Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu. Dah bersenam, sila minum air masak yang banyak mengikut keperluan tubuh badan anda untuk elak dehidrasi. Boleh guna aplikasi di App Store, meminum air masak yang dapat bantu anda konsisten minum air masak setiap hari.

Dengan artikel Cara ini bantu anda ‘Rajin Bersenam ini, diharapkan dapat membantu anda menjalani hidup sihat dan produktif. 


Nor Azlina Ina adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.