
Maybank mengumumkan yang mereka akan menamatkan portal perbankan dalam talian Maybank2U klasik pada Januari 2022. Hal ini bermakna, sebarang perbankan dalam talian Maybank melalui pelayar web bermula tahun 2022, perlu menggunakan portal Maybank2U moden.

Versi moden kepada portal perbankan dalam talian Maybank ada antara muka yang lebih kemas. Ia lebih mesra telefon pintar kerana kebanyakan komponen dalam website itu lebih besar saiznya dan mudah untuk disentuh.
Walau bagaimanapun, ramai yang masih menyukai versi klasik disebabkan lebih banyak pilihan transaksi boleh dilakukan kerana semuanya dipadatkan dalam satu halaman. Disebabkan itu, antara muka Maybank2U klasik lebih sesak dan kecil saiz font-nya.
Maybank2U versi baharu telah dilancarkan bank itu dalam tahun 2019. Setahun kemudian, mereka mengumumkan pula APP MAE by Maybank yang katanya bakal menggantikan APP Maybank2U di telefon pintar.


