Program PTPTN Prihatin: Jelajah Simpan SSPN 2021

20 Nov 2021 • 10:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SEBAGAI agensi pendidikan utama negara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus menyantuni golongan asnaf dengan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban kewangan serta menyokong usaha kerajaan dalam membantu pelajar-pelajar asnaf menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan zakat korporat.

image is not available

Pada 2 Oktober lalu, PTPTN telah melancarkan Program Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2021 bersempena Hari Tabungan Sedunia. BMS 2021 telah disusun dengan pelbagai program dan aktiviti menarik di peringkat nasional dan negeri.

image is not available

Antaranya, Program PTPTN Prihatin iaitu Jelajah Simpan SSPN 2021 untuk memastikan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan turut dibantu. PTPTN telah menyampaikan sumbangan zakat PTPTN kepada pelajar-pelajar asnaf di enam buah negeri iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Perlis.

image is not available

Program CSR ini melibatkan sumbangan zakat PTPTN berjumlah lebih RM500,000 dengan kerjasama pusat zakat negeri dan agensi kerajaan di negeri-negeri terlibat.

image is not available

Seramai lebih 5,000 penerima telah menerima sumbangan tunai dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

image is not available

Sumbangan ini diharap dapat memberi gambaran kepada masyarakat akan usaha PTPTN membantu golongan memerlukan serta menyokong dalam meningkatkan pembangunan pendidikan negara.

image is not available