Nintendo Mengurangkan Pengeluaran Switch Sehingga 20% Disebabkan Kekurangan Bekalan Cip

TechnologyGamingDigital
2 Nov 2021 • 7:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nintendo kini dilaporkan akan mengurangkan pengeluaran Nintendo Switch sehingga 20% unit, disebabkan oleh masalah kekurangan bekalan semikonduktor yang dialami di dunia.

Untuk tahun berakhir 31 Mac kelak, Nintendo dijangka akan mengeluarkan sekitar 24 juta unit.

image is not available

Nintendo mengatakan bekalan untuk semikonduktor adalah sangat terhad, sekaligus memberikan impak terhadap pengeluaran Nintendo Switch.

Perkongsian ini hadir daripada Nintendo, selepas memperkenalkan kemaskini untuk Switch sebelum ini. Selain Nintendo, pelbagai syarikat lain turut terjejas dari segi bekalan, termasuk Apple.