Spotify kini dilihat sedang menguji sebuah ciri baru pada aplikasi mudah-alih mereka, dinamakan “Discover”. Melaluinya, ia menawarkan bentuk menatal kandungan ke atas, dan paparan video menegak – sekaligus memberikan pengalaman menemui kandungan baharu, seumpama pada TikTok.
Kaedah menatal kandungan baharu ini telah dipopularkan oleh TikTok, dan pelbagai aplikasi telah mula mengintegrasikannya. Ia boleh dikatakan antara kaedah baharu dalam penemuan kandungan yang lebih efekfit berbanding kaedah-kaedah sebelum ini.
Not only that, @Spotify Discover is basically a pared down version of a TikTok-style feed of vertical music videos (likely using their canvas format) that you can like or skip.#NewSpotify pic.twitter.com/hpOEZ8v9bl
) (@chrismessina) November 24, 2021
Spotify dilihat menggunakan paparan video daripada Canvas – yang sedia membolehkan artis menambah video bersama-sama muzik mereka. Melalui tab khas ini, memudahkan penemuan lagu, dan turut membawa pengguna terus untuk mendengar lagu penuh pada aplikasi Spotify.
Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian, da ditawarka kepada sesetengah pengguna secara terhad. Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari kaedah penemuan kandungan yang serba baharu ini?
