Poco M4 Pro 5G miliki banyak naik taraf, bukan lagi telefon 5G termurah

Digital
9 Nov 2021 • 8:53 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Poco hari ini melancarkan telefon pintar mampu milik baharu, Poco M4 Pro 5G di pentas antarabangsa. Ia menggantikan Poco M3 Pro 5G yang baru dilancarkan bulan Jun lepas, dengan naik taraf di beberapa bahagian. Termasuk harganya.

Jika Poco M3 Pro 5G dijual dari RM699, harga untuk Poco M4 Pro 5G naik agak banyak, selaras dengan naik taraf yang diberikan padanya. Terdapat dua varian akan dijual di Malaysia dengan harga berikut:

  • Poco M4 Pro 5G (RAM 4GB + Storan 64GB) RM849
  • Poco M4 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) RM999

Agak banyak kenaikan harga ini berbanding model sebelumnya, iaitu RM150. Tetapi anda boleh mendapatkannya dengan diskaun RM100. Khas pada 11 November 2021 di Stor Rasmi Poco di Shopee, ia akan dijual pada harga:

  • Poco M4 Pro 5G (RAM 4GB + Storan 64GB) RM749
  • Poco M4 Pro 5G (RAM 6GB + Storan 128GB) RM899

image is not available

Orang ramai juga boleh mendapatkan Poco M4 Pro 5G di Lazada, mulai 25 November 2021.

Spesifikasi

image is not available

Pembaharuan paling utama di Poco M4 Pro adalah penggunaan cip Mediatek Dimensity 810 5G 6nm, dikatakan jauh lebih berkuasa berbanding Dimensity 700 di M3 Pro. Ia kekal menggunakan RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2, tetapi kini menyokong RAM maya, untuk tambahan RAM sehingga 4GB.

Skrinnya kini lebih besar, berukuran 6.6-inci, paling besar pernah ada di siri Poco M. Resolusinya masih HD Penuh, bersama kadar penyegaran 90Hz dinamik dan kadar sentuhan 240Hz.

image is not available

Kamera juga menerima peningkatan, terutama sekali dengan tambahan kamera ultra lebar, pertama ada di siri Poco M. Kamera belakang menggandingkan kamera utama 50MP dan kamera ultra lebar 8MP, dengan kamera hadapan 16MP di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Kapasiti bateri tidak berubah, masih 5,000mAh tetapi kini menyokong pengecasan pantas 33W. Sudah pasti, kepala pengecas 33W turut diberikan di dalam kotak. Ini membolehkan ia mengecas dari 0-100% dalam masa tidak sampai 1 jam.

image is not available

Poco M4 Pro 5G turut ditambah dengan sistem bunyi stereo. Di samping itu, ia mengekalkan jek audio 3.5mm dan pemancar infra merah.

Pilihan warna juga nampaknya tidak berubah. Poco M4 Pro 5G datang dalam 3 warna iaitu kuning, biru dan hitam.

image is not available

Bacaan Berkaitan