
SHAH ALAM, 26 NOV: Demi memastikan karya agung Islam terus diingati, Kerajaan Negeri bersetuju menterjemahkan penulisan tersebut ke bahasa Melayu.
Dato’ Menteri Besar berkata iltizam karya agung itu akan dimulakan dengan karya Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Imam Al Ghazali.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata karya agung dalam tamadun Islam adalah sumur yang tidak pernah kering dalam memberi pedoman dan inspirasi kepada umat Islam sejagat.
“Salah satu karya terbesar yang menjadi rujukan sepanjang zaman oleh umat Islam di Malaysia adalah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah.
“Terjemahan Karya Agung Islam ini akan dimulakan dengan karya Ihya’ ‘Ulumuddin dengan geran permulaan sebanyak RM1 juta dan dijangkakan akan berjalan selama tiga tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.
Menurut Amirudin, usaha itu dibuat selepas mengambil kira kitab sepanjang 40 jilid tersebut belum pernah diterjemahkan dengan baik dan lengkap ke bahasa Melayu.
The post 40 jilid karya Imam Al Ghazali diterjemah appeared first on Selangorkini.
