YouTube Kini Bereksperimen Dengan Pengalaman Seumpama TikTok Pada Aplikasi Mudah-Alih

TechnologyDigital
9 Nov 2021 • 9:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

YouTube sedia terkenal dengan penawaran sejumlah video pada platform mereka. Namun, populariti TikTok turut memberikan kesan kepada YouTube, sehinggalah YouTube telah memperkenaalkan alternatif tersendiri melalui YouTube Shorts.

Kini, melangkah setapak kehadapan, YouTube bereksperimen dengan pengalaman tontonan video menegak sepenuhnya apabila membuka aplikasi, dan bukannya paparan senarai video seperti biasa.

image is not available

Melalui eksperimen terbaru, YouTube memaparkan terus video YouTube Shorts, dan pengguna boleh terus menonton video apabila membuka aplikasi, dan menatal ke bawah untuk melihat yang seterusnya.

YouTube menawarkan pengalaman ini untuk pengguna yang menonton video terakhir mereka dibawah kategori YouTube Shorts, sebelum keluar aplikasi.

Eksperimen ini hanya melibatkan segelintir pengguna sahaja buat masa ini. Tidak mustahil kita melihat ia ditawarkan meluas sekiranya eksperimen ini memperlihatkan kesan yang positif.