Sultan: Selangor perlu usaha lebih tarik pelabur

11 Dec 2021 • 9:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berpandangan negeri ini memerlukan usaha yang lebih bagi menarik pelabur asing di sebalik kemelesetan ekonomi.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah ekonomi negeri yang lembab dan tidak banyak usaha pemulihan menjadi antara isu yang merisaukan, lapor The Star.

“Sebab itu mereka (ahli perniagaan) lari ke Vietnam seorang demi seorang. Kita akan kehilangan pelaburan,” titah baginda.

Tuanku juga menjelaskan kos tenaga buruh yang lebih murah di negara berkenaan selain Indonesia dan Kemboja menjadi punca kehilangan pelabur.

Sultan Sharafuddin juga bertitah pelabur mempunyai banyak destinasi untuk dipilih dan Selangor perlu menawarkan pelaburan terbaik namun perlukan usaha yang lebih baik.

Baginda bagaimanapun mengakui EXCO Industri dan Perdagangan Datuk Teng Chang Khim menjalankan tugas dengan baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved