OnePlus Mengesahkan Bakal Hadir Dengan Peranti Dijana Snapdragon 8 Gen 1

TechnologyDigital
2 Dec 2021 • 11:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Selepas Oppo dan Realme mengesahkan bakal hadir dengan telefon pintar dijana Snapdragon 8 Gen 1 terbaru, kini CEO OnePlus turut mengesahkan perkara sama, dan mengatakaan OnePlus bakal menyusul dengan telefon dijana cip mercu berkenaan.

Langkah ini sekaligus mengesahkan perkara yang sedia dijangka ramai, iaitu OnePlus 10 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 1.

image is not available

Tahun 2022 akan menyaksikan OnePlus buat pertama kalinya memperkenalkan telefon mercu mereka dengan beroperasi dibawah Oppo. Peranti berkenaan semestinya dinantikan ramai. Walaupun desas-desus berkenaan spesifikasi telah mula kedengaran, semestinya ramai yang menantikan apakah perubahan pada penawaran perisian baharu OnePlus kelak.