
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menggagalkan cubaan menyeludup petrol bersubsidi di perairan Pulau Selakan, dekat sini, tengah hari Sabtu.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata, semasa pasukan itu menjalankan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari Sabtu, sebuah bot laju dikesan dalam keadaan mencurigakan.
