
Kota Kinabalu: Penyelesaian isu berpanjangan berkaitan pendatang tanpa izin di Sabah adalah dengan mengeluarkan Pas Sementara Khas kepada pekerja tanpa izin di negeri ini, kata bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh.
Pas Khas Sementara itu hampir dilaksanakan, katanya, apabila Umno semasa PRK Kimanis mempolitikkan cadangan itu.


