Bajet 2022 ringankan beban kami

3 Dec 2021 • 11:55 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

Lebih ramai golongan B40 bakal menerima manfaat menerusi peruntukan RM2.4 bilion, dalam bentuk Bantuan Keluarga Malaysia daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seperti yang umumkan kerajaan dalam Bajet 2022.

Peruntukan itu bakal memanfaatkan lebih 440,000 isi rumah selepas syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) Makanan 2019 iaitu RM1,169 berbanding RM980 PGK 2016, sebelum ini.

Kadar kemiskinan bandar adalah 3.8 peratus manakala kadar kemiskinan luar bandar pada 12.4 peratus bagi tahun 2019.

Selain bantuan kebajikan, kerajaan turut memperuntuk sejumlah RM400 juta kepada pelajar B40 menerusi Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Ia bertujuan bagi memastikan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, mendapat kandungan khasiat harian untuk pertumbuhan fizikal dan mental yang menyeluruh.

Pada 20 Januari tahun lalu, seramai 4,000 pelajar melibatkan 100 buah sekolah di seluruh negara terpilih sebagai peserta program penambahbaikan RMT.

Tanda prihatin

image is not available

Setiap bantuan tunai yang diterima digunakan untuk membeli barangan keperluan harian dan juga bayaran bil utiliti.

Seorang penerima bantuan, Raja Norhayati Raja Husain, 38, berterima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap golongan terjejas sepertinya.

Ibu enam anak itu menggunakan bantuan BSH dan BKC sebelum ini bagi menampung keperluan harian termasuk membeli susu formula untuk anaknya.

“Saya juga menggunakan wang BSH dan BKC untuk membeli telefon terpakai sebagai persediaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) agar anak-anak tidak ketinggalan," kata suri rumah ini.

Tiga daripada enam anaknya turut menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah, sekali gus membantu mengurangkan kos perbelanjaan anak-anak.

image is not available

“Saya lega apabila menerima BSH. Kerajaan sudah cukup prihatin dan mendengar keluhan rakyat walaupun ekonomi negara terkesan akibat pandemik Covid-19," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu, ibu tunggal, Loo Ying, 77, pula bergantung kepada BSH yang diterima mendiang suaminya yang meninggal akibat Covid-19 enam bulan lalu.

image is not available

“Apa-apapun saya sangat berterima kasih atas keprihatinan kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk bantuan sebelum ini dan akan datang. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu rakyat B40 yang terkesan,” ujar Ying.

Ibu tunggal kepada dua orang anak perempuan, Prema Pannirselvam, 40, turut memperoleh bantuan daripada kerajaan iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) berjumlah RM1,200 dan terbaharu Prema turut menerima BKC sebanyak RM500.

image is not available

“Kedua-dua anak saya juga pernah mendapat bantuan RMT. Ini sedikit sebanyak membantu meringankan pemberian wang belanja sekolah,” ujar Prema.

image is not available

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan bantuan. Ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dan menjaga kebajikan rakyat lebih-lebih sewaktu pandemik Covid-19 masih melanda ketika ini,” katanya.

INFO GRAFIK

image is not available

Bantuan Kebajikan JKM - RM2.4 bilion

- Manfaat lebih 440,000 isi rumah

- Kumpulan sasar:

RMT - RM400 juta

BKM ibu tunggal – RM500 (tambahan)