
Seorang lelaki mencabul seorang suri rumah di kawasan parkir kereta di sebuah pasar raya di Cyberjaya pagi semalam. Apa punya perangai lah lelaki ni.
Seorang wanita yang merupakan suri rumah dicabul seorang lelaki yang tidak dikenali di kawasan parkir kereta sebuah pasaraya di Cyberjaya semalam.
Menurut laporan Harian Metro, wanita berkenaan bersama anaknya pergi ke pasar raya berkenaan untuk membeli barangan keperluan.
Selepas kira-kira 45 minit membeli barangan, wanita tersebut bersama anaknya pergi ke kawasan parkir dan secara tiba-tiba, seorang lelaki datang dari arah belakang dan terus mencabulnya.
Disebabkan itu, wanita berkenaan menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu melarikan diri dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.
Akibat kejadian, wanita terus menjerit meminta tolong. Tiada individu berada di kawasan itu dan lelaki itu terus melarikan diri.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak mengecam suspek kerana dia memakai pelitup muka. Kes disiasat mengikut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Kredit: Harian Metro
The post Lelaki Cabul Suri Rumah Di Kawasan Parkir Pasar Raya appeared first on Oh! Media.
