Bomba B’fort tangani empat kecemasan dalam 24 jam

22 Dec 2021 • 10:25 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

BEAUFORT: Pasukan bomba daerah ini menerima empat panggilan kecemasan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata panggilan pertama diterima pada pukul 10.44 pagi meminta bantuan menangkap seekor ular sawa di Kg Pilajau.

“Ular sawa itu ditemui di dalam rumah dan ditangkap menggunakan peralatan khas sebelum dilepaskan di kawasan yang selamat.

“Sejurus selepas itu, balai bomba dan penyelamat menerima satu lagi panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya di Jalan Beaufort-Sipitang, iaitu di Kampung Meraba pada jam 3.21 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah Proton Iswara dan sebuah jengkaut, pasukan bomba mengeluarkan mangsa cedera dari Iswara melanggar jengkaut tersebut, sebelum menghantarnya ke Hospital Beaufort,” katanya pada Selasa.

Mohammad Hasbullah berkata pada hari sebelumnya, pasukan mereka menerima panggilan khidmat khas untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang terkunci dalam kereta.

“Satu pasukan bergegas ke lokasi di Tapak Tamu Beaufort dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan terkunci di dalam sebuah Perodua Alza.

“Kanak-kanak itu pada mulanya takut melihat kehadiran anggota bomba namun ditenangkan oleh ibunya, sebelum pasukan bertindak membuka kunci kereta tersebut menggunakan peralatan khas tanpa merosakkan cermin kereta tersebut,” katanya.

“Selepas itu, pasukan bomba terus bergegas ke Kg Kuari untuk menangkap seekor lagi ular sawa dan melepaskannya di hutan berhampiran,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.