
Ekonomi negara sekarang tidak menentu. Sekejap barang mahal, sekejap barang murah. Oleh itu, kita kenalah berjimat untuk kesenangan masa hadapan. Cik Nor ingin kongsikan tips-tips berjimat dengan cara-cara Cik Nor. Manalah tahu ada yang korang praktikan dalam kehidupan seharian korang.
1. Bayar Yang Penting Dahulu
Apa maksudnya tu? Maksudnya apabila dapat gaji, korang harus terus asingkan duit untuk bayar semua bil yang wajib dibayar setiap bulan. Selain dari bil, hutang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran, hutang kereta dan semua jenis hutang mesti dilunaskan mengikut waktu yang ditetapkan. Jika ini tidak dilakukan, sesetengah orang berjoli dahulu sebelum fikirkan hutang. Bila rasa nak semput balik, barulah berkira-kira tentang hutang. Akibatnya ada hutang yang tertunggak bayarannya.
2. Elakkan Dari Selalu Makan Diluar
Nak makan di luar sekali sekala tak ada salahnya, cuma jangan selalu. Kos makan kat luar amat tinggi, tambah-tambah yang mempunyai anak ramai. Kalau macam Cik Nor tak apalah, sebab seorang sahaja. Masak dan makan di rumah lebih jimat kerana apabila ada lebihan nasi malam tadi, boleh dibuat nasi goreng pada hari esoknya. Kalau di kedai tinggal situlah, berasa malu untuk tapau bungkus bawa balik, kan? Bila kita masak kat rumah, barang-barang dapur yang kita beli boleh tahan lebih kurang seminggu. Tiga kali sehari pun tidak jadi masalah untuk dimasak.
3. Elakkan Dari Menggunakan Kad Kredit
Tak salah untuk menggunakan kad kredit tapi haruslah berpada-pada. Mana taknya, asyik swipe jer sampai tak sedar bahawa berapa banyak dah kita swipe. Cik Nor lebih suka cash daripada menggunakan kat debit atau kredit. Kalau guna cash kita boleh control apa-apa yang kita nak beli sebab tunai biasanya terhad. Pada masa sekarang, aplikasi shopping dalam talian tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Asal nampak yang berkenan terus masuk troli. Dalam tak sedar kita dah bayar apa yang ada dalam troli kita. Baik yang jangan install aplikasi macam ni di telefon pintar kita.
4. Wujudkan Tabung Syiling
Dulu Cik Nor tak pernah terfikir nak simpan duit syiling ni. Bila ada duit syiling, asyik perhabiskan. Sehinggalah tahun lepas, Cik Nor ingin bercuti, pada masa itu sudah mula simpan syiling. Implikasinya, dapatlah separuh botol mr. potatoes. Alhamdulillah…dapatlah buat isi petrol full tank. Sejak hari itu memang pantang nampak syiling mesti nak simpan seterusnya. Sampai sekarang nampak syiling 5 sen terus masuk ke tabung. Walaupun nampak nilainya kecil, bila dikumpul banyak boleh buat bayar hutang.
5. Elakkan Dari Membeli Barang Yang Tidak Perlu
Bukan cakap korang yang selalu ter’ beli barang yang tidak perlu tapi Cik Nor pun sama. Asal keluar nak pergi beli barang dapur mesti ada juga yang bermain difikiran. Nak itu lah, nak itu lah. Yang mana boleh kawal Cik Nor kawal, yang dah tak boleh kawal go on sahajalah. Namun kalau boleh, elakkan terutama shopping baju bajan. Nak shopping boleh tapi sebulan sekali sahajalah, bukan 2 hingga 3 kali sebulan. Tak salah nak shopping selalu tapi biarlah berpada-pada. Apa orang kata ukur baju dibadan sendiri. Jangan kerana kita suka shopping sampai sanggup berhutang dengan orang lain pulak.
Berfikirlah sebelum bertindak supaya kita tidak menyesal di kemudian hari.
Cik Nor adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.
