Samsung Galaxy Z Flip3 Boleh Didapati Pada Harga RM2999 – Terhad Untuk Malam Ini Sahaja

TechnologyDigital
31 Dec 2021 • 9:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung hari ini mengumumkan promosi waktu terhad bersempena penghujung tahun 2021 ini, membolehkan orang ramai menikmati diskaun 25% untuk pembelian peranti.

Melalui promosi sehingga pukul 11 malam ini, pengguna boleh mendapatkan diskaun 25% untuk Galaxy Z Flip3 5G, Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Buds2, dan jugaa Galaxy Watch4.

image is not available

Dengan ini, ia sekaligus membolehkan anda mendapatkan telfon boleh lipat Samsung pada harga bermula RM2999, atau jam tangan pintar terbaru Samsung pada harga RM674.

Untuk menikmati diskaun 25% ini, anda hanya perlu menggunakan kod AGENZY25 di halaman Samsung Shop ketika pembelian.