Rekaan Vivo Watch 2 Diperlihatkan Menerusi Poster Rasmi – Pelancaran Pada 22 Disember

TechnologyDigital
15 Dec 2021 • 4:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Vivo telah menjadualkan sebuah acara untuk pelancaran produk baharu pada 22 Disember ini. Melaluinya, siri Vivo S12 akan diperkenalkan dan ia merupakan model kemaskini untuk rangkaian peranti pintar keluaran mereka. Terdapat sekurang-kurangnya dua buah model bakal diperkenalkan yang terdiri dengan Vivo S12 dan Vivo S12 Pro.

image is not available

Namun begitu, nampaknya acara berkenaan tidak hanya memfokuskan kepada pengenalan peranti pintar sahaja. Sebaliknya, mereka turut hadir dengan penawaran jam tangan pintar baharu yang dinamakan sebagai Vivo Watch 2. Ia hadir dengan rekaan muka jam berbentuk bulat bersama dua butang kawalan fizikal pada sisi kanan. Tetapi terdapat perbezaan dari aspek binaan butang fizikalnya – di mana model kali ini menunjukkan butang yang rata. Seterusnya, rekaan tali adalah dari jenis silikon bersama cangkuk standard yang sinonim untuk aktiviti sukan.

image is not available

Poster rasmi yang dimuat-naik turut menunjukkan Vivo Watch 2 akan didatangkan dengan sokongan panggilan suara. Ini adalah ciri yang tidak disertakan pada model sebelum ini. Bukan itu sahaja, ia juga dijangka tiba dengan sejumlah peningkatan lain seperti ketahanan bateri lebih lama, beberapa varian saiz yang berbeza, sokongan untuk aplikasi pihak ketiga dan sebagainya. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Vivo Weibo