Pemandu Treler Punca 10 Orang Maut Kemalangan Ditahan Reman 4 Hari

19 Dec 2021 • 6:09 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kemalangan

Semalam kita dikejutkan dengan satu kemalangan menyedihkan selepas sebuah treler telah melanggar 10 orang termasuk 9 beranak. Kemalangan yang berlaku di kawasan R&R USJ, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam itu telah menyebabkan semua mangsa meningga dunia di tempat kejadian.

Pihak polis bagaimanapun memaklumkan pemandu treler yang menjadi punca kemalangan telahpun ditahan reman selama 4 hari. Pemandu berusia 45 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dan pihak polis akan memberi kenyataan dalam masa terdekat.

Hasil siasatan awal mendapati pemandu negatif dadah dan alkohol serta memandu dalam keadaan sedar.

Dalam kejadian itu, seorang wanita termasuk lapan orang anaknya telah meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi yang meninggal dunia adalah mekanik berusia 27 tahun.

6 lagi mangsa temasuk suami dan anak lelaki mangsa mengalami cedera.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.