Kerusi malas LG ini dilengkapi paparan OLED melengkung untuk lebih asyik

Design
23 Dec 2021 • 4:13 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu demi satu produk menarik dipamerkan LG dalam jerayawara CES 2022. Kali ini rekaan konsep kerusi malas khas untuk aktiviti melayani kandungan multimedia. Diberi nama media chair, rupanya seakan kubik penerbangan kelas pertama dengan kelengkapan premium.

image is not available

Paling mencuri tumpuan adalah paparan 4K OLED sebesar 55" yang berada di depan pengguna. Paparan ini boleh diletakkan dalam keadaan melintang ataupun menegak, bergantung kepada kandungan apakah yang ditonton. Panel melengkung ini mempunyai kadar lengkungan pada 1500R, sesuai dengan jarak tontonan daripada tempat duduk yang empuk.

image is not available

Panel paparan itu digandingkan dengan sistem audio yang sama hebat. Melalui teknologi LG Display Cinemtic Sound, ia menggunakan konsep piezoelektrik untuk menukar permukaan paparan menjadi sebuah speaker gergasi. Jadi, anda tidak akan temui komponen speaker berdiafragma pada paparannya.

Rekaan konsep ini seakan Acer Predator Thronos Gaming Chair yang pernah kami pandu uji di Axiata Arena dalam tahun 2018 dulu. Harga kerusi daripada Acer ini ialah RM56,999. Jadi, harga untuk kerusi LG ini, kalau ia dikomersialkan kelak tidaklah dijangkakan rendah.