Nothing Ear (1) Kini Ditawarkan Dalam Warna Hitam

TechnologyDigital
1 Dec 2021 • 8:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nothing Ear (1) ialah produk pertama yang dikeluarkan oleh Nothing, syarikat yang diasaskan oleh Carl Pei. Selepas dilancarkan TWS ini menerima perhatian ramai kerana rekaan lutsinar pada pod simpanan dan juga putik audionya. Kini selepas diminta berkali-kali oleh peminat, Ear (1) akhirnya ditawarkan pula dalam warna hitam.

image is not available

Warna hitam digunakan pada plastik pod simpanan merangkap pengecas putik audio. Putik audio pula kini hitam pada bahagian pemandu audio tetapi bahagian tangkai masih lagi plastik lutsinar. Tiada perubahan dilakukan pada spesifikasi fon telinga ini. Jualan terhad 100 Ear (1) hitam pertama akan dilakukan di London minggu ini sebelum jualan terbuka pada 13 Disember di India. Berdasarkan imej promosi yang dikongsi, edisi warna hitam ini kelihatan jauh lebih menarik.

image is not available