Caj Transaksi RM1 Di ATM Kembali Berkuatkuasa 1 Februari 2022?

15 Dec 2021 • 2:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum caj RM1 bagi setiap transaksi yang dibuat di mesin ATM telah pun dimansuhkan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak dua tahun yang lalu.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini didapati caj RM1 tersebut akan bermula kembali berkuatkuasa pada tarikh 1 Februari 2022 akan datang.

Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh beberapa bank yang bakal melaksanakan ia seperti Citibank, Kuwait Finance House, CIMB, Maybank dan Agrobank.

Akan tetapi, bank-bank yang lain masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai caj transaksi ini.

Hal ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan kebanyakkannya tidak bersetuju serta mengeluh mengenai caj tambahan yang akan kembali.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 9 jam lalu

"Sekurang-Kurangnya Rossa Ingat Saya.." - Iqbal Zulkefli