Video dokumentari ini dirakam sepenuhnya guna flagship Samsung, tapi kenapa kualitinya rendah?

Digital
8 Dec 2021 • 12:44 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Samsung ada menerbitkan satu video hasil Kerjasama mereka dengan Discovery. Berdasarkan keterangan video, dokumentari ini direkodkan sepenuhnya dengan Galaxy S21 Ultra. Namun begitu,  kualiti cinematografi video yang dipaparkan seperti tak setanding dengan taraf Galaxy S21 Ultra 5G sebagai flagship.

Misalnya, sebahagian besar video terlebih tajam dan bahagian terutamanya sewaktu merakam di atas kenderaan tampak berpiksel seperti resolusi rendah. Saya turut bersetuju dengan salah satu komen di laman YouTube. Katanya ini dokumentari tentang hidupan liar, tapi kenapa gambar hidupan liarnya sangat sedikit?

image is not available

Spesifikasi kamera Samsung Galaxy S21 Ultra 5G bukanlah biasa-biasa. Kamera utamanya 108MP, ia juga ada 2 kamera telefoto 10MP, dan kamera ultra lebar 12MP. Katanya ini adalah telefon pertama dunia yang boleh rakam video 8K.

Dalam videografi, Apple telah meletakkan satu penanda aras terlalu tinggi untuk diatasi mereka yang berada dalam lapangan Android. Lihat sajalah demonstrasi Cinematic mode untuk iPhone 13 ini.

Bacaan berkaitan