Samsung MX Ialah Nama Baharu Perniagaan Peranti Mudah Alih Samsung

TechnologyDigital
10 Dec 2021 • 6:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dengan Samsung melakukan penstrukturan semula perniagaan peranti mudah alih mereka minggu ini, Samsung turut telah melakukan perubahan pada nama. Perniagaan peranti mudah alih Samsung kini dikenali sebagai Samsung MX untuk Mobile Experience.

image is not available

Penjenamaan semula ini dilalukan sebagai komitmen mereka untuk memberikan pengalaman peranti mudah alih yang lebuh baik dan membantu pelanggan menerusi ekosistem Galaxy yang terdiri daripada telefon pintar, tablet, PC, peranti boleh-pakai, perisian dan juga perkhidmatan pelanggan. Dengan kedudukan mereka sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia semakin dicabar, mungkin penjenamaan semula dengan hala tuju yang lebih segar mampu menghalang Samsung dari dipintas pesaing.