Hujan Tak Henti-Henti, Pelabuhan Klang Kini Dilanda Banjir Kilat

18 Dec 2021 • 1:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, hujan lebat sejak beberapa hari yang lalu telah membuat kawasan pelabuhan Klang dipercayai telah dilanda banjir kilat sehingga menganggu pergerakan lalu lintas disitu.

Menerusi beberapa buah video serta gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, air yang memenuhi jalan-jalan di kawasan tersebut membuat orang ramai dan kereta-kereta ‘tersadai’ kerana tidak dapat melalui jalan itu.

Terdapat sesetangah penduduk mengatakan banjir kilat tersebut merupakan kejadian pertama kali terjadi sepanjang mereka menetap disitu.

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Berhad turut memaklumkan menerusi Twitter bahawa beberapa pencawang elektrik di Pelabuhan Klang mengalami gangguan bekalan elektrik kerana hujan dan banjir kilat yang melanda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

10 Termasuk 8 Kanak-Kanak Maut Dalam Kemalangan Di R&R USJ