
Kanak-kanak yang bermain di jalan raya tanpa disedari oleh orang dewasa sememangnya satu perkara yang amat berbahaya, bukan sahaja bahaya buat diri sendiri malah pemandu lain.
Biarpun perkara ini sering dibahas oleh orang ramai, tetapi masih tetap berlaku kerana ada segelintir kanak-kanak susah untuk mendengar kata.
Seperti hal yang baru-baru ini terjadi, tular sebuah video di platform TikTok yang menggerunkan ramai pihak apabila terlihat seorang kanak-kanak perempuan sedang duduk di bawah treler yang ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat.
Dalam pada itu, kanak-kanak itu sungguh ‘tenang’ duduk sambil menghayun-hayunkan kakinya ketika duduk dibawah treler tanpa berasa takut.
Video terbabit dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @dato69nadi77 yang menganggap perkara itu amat berbahaya tetapi dalam pada masa yang sama, netizen juga ada meninggalkan komen menegur jejaka ini kerana tidak menggambil sebarang tindakan ketika melihatnya.

Sumber : TikTok
Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah netizen yang mempertahankan perakam terbabit kerana kanak-kanak itu merupakan masyarakat Palauh yang ramai sudah faham dengan cara mereka di sekitar Sabah.

Sumber : TikTok
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
(VIDEO) Hujan Berterusan di Kelantan, Penduduk Kongsi Rakaman Kepala Air 'Mengganas' di Kuala Krai
The post Video Kanak-Kanak ‘Selamba’ Duduk Bawah Treler Sambil Hayun Kaki, Netizen Bengang Perakam Tak Tegur first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] KASAR! Netizen Bengang Tengok Wanita Campak Kucing Jagaan Dalam Sangkar](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)