APP Android untuk Apple AirTags kini boleh dimuat turun

Digital
14 Dec 2021 • 10:56 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

AirTags adalah satu gajet penjejak bersaiz duit syiling. Ia boleh digunakan untuk elakkan barang anda hilang dengan cara mentambat AirTag secara fizikal kepada barang yang anda ingin jejak sekiranya perlu.

image is not available

Sekiranya anda paranoid tentang ada orang menyalahgunakan AirTags untuk skodeng anda, ada APP untuk mengetahui AirTag berhampiran anda pada platform Android. Di iOS, fungsi itu sudahpun tersedia dalam sistem operasi anda.

Diberi nama Tracker Detect, fungsinya cuma mengesan AirTags yang berada dalam lingkungan Bluetooth telefon anda, tidak lebih daripada itu. Anda tak boleh aktitfkan ataupun lakukan menyelenggaraan ke atas sesebuah AirTags.

Sekiranya AirTag yang berada dalam lingkungan anda masih ada selepas 10 minit, ia akan benarkan anda untuk membunyikan pengera pada unit itu untuk anda cari di manakah letaknya gajet itu.

image is not available

Rata-rata orang memberi komen di ruangan reviu hampa kerana imbasan perlu dilakukan secara manual dan bukannya automatik di bahagian latar.

Walau apapun, muat turun Tracker Detect di Play Store.

Bacaan berkaitan