Jangan cemas dengar tembakan, itu latihan Paskal di Lumut Jumaat ini

13 Dec 2021 • 12:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Orang ramai dan penduduk di sekitar Lumut diminta untuk tidak cemas sekiranya mendengar bunyi tembakan kerana ia adalah latihan oleh Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (Paskal) pada Jumaat ini.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan memaklumkan latihan praktikal Menyelamat Tebusan bagi Kursus Tempur Jarak Dekat Paskal Siri PKL/25/TJD/21 itu akan diadakan di sekitar simpang empat Bukit Permata, Jalan Teluk Muruh, Lumut bermula pukul 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.

“Justeru dimohon kepada penduduk sekitar dan orang awam supaya tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu dinyatakan.

“Orang awam juga dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja,” menurut kenyataan tersebut.-Bernama