Imeh Pengolokan Oppo Find X5 Pro Menunjukkan Konfigurasi Kamera Yang Aneh

TechnologyDigital
29 Dec 2021 • 1:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu Oppo Find X3 Pro hadir dengan konfigurasi tri-kamera yang unik dengan salah satu lensa yang digunakan mempunyai kemampuan seperti mikroskop. Ia satu-satunya peranti di pasaran dengan ciri ini. Tetapi tahun hadapan ia mungkin tidak diteruskan berdasarkan imej pengolokan yang tertiris.

image is not available

OnLeaks berkongsi imej pengolokan Oppo Find X5 Pro berasaskan lukisan CAD yang tertiris. Peranti masih mempunyai sistem kamera tri-kamera tetapi dua sahaja dengan lensa yang besar. Rekaan bonggol juga tidak lagi segi empat sama dengan ia berubah ke bentuk trapezoid. Panel belakang masih lagi diperbuat daripada satu panel sahaja seperti Find X3 Pro.

image is not available

Berdasarkan imej di atas, besar kemungkinan dua lensa utama akan dipadankan dengan sensor yang lebih besar seperti IMX707. Xiaomi 12 Pro yang dilancarkan semalam ialah peranti pertama dengan sensor sebesar 1/1.28-inci.