Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 Hadir Dengan Bateri 32 Jam

TechnologyDigital
28 Dec 2021 • 10:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aksesori audio tidak ketinggalan diumumkan oleh Xiaomi hari ini. Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 ialah model lebih mampu bilik berbanding Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 Pro yang diumumkan pada September lalu. Fon telinga ini adalah jenis dalam telinga dengan sokongan kawalan sesentuh pada bahagian tangkai.

image is not available

Sistem pembatalan hingar aktif mampu meredam bunyi sehingga 40 dB. Tiga tahap pembatalan boleh dipilih mengikut kesesuaian situasi pemakai. Tiga mikrofon ditempatkan pada putik audio untuk menyokong sistem ini. Bagi memudahkan perbualan, mod transparensi juga boleh diaktifkan oleh pemakai. Menurut Xiaomi, fon telinga boleh bertahan sehingga 7 jam atau sehingga 32 jam dengan bantuan pod pengecas. Kesemua waktu penggunaan ini ialah dengan sistem pembatalan hingar dimatikan.

image is not available

Pengecasan semula ialah menggunakan port USB-C atau pengecas nirwayar Qi. Akhir sekali fon telinga melepasi piawaian IP55 yang membolehkannya digunakan ketika melakukan aktiviti bersukan. Di China Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 dijual pada harga RMB499 (~RM327) dalam warna hitam dan putih.