Keahlian Peter, Juil automatik terbatal: Warisan

Politics
29 Dec 2021 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Keahlian Naib Presiden dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap, Datuk Peter Anthony dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) terbatal secara automatik, lapor Berita Harian pada Selasa.

Setiausaha Agung, Datuk Loretto Padua ketika dihubungi, berkata selain Peter, keahlian Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim yang dijangka meninggalkan Warisan untuk menyertai parti baharu yang bakal dibentuk oleh Peter,  juga terbatal.

Katanya, keahlian kedua-dua Adun terbabit adalah terbatal berdasarkan perlembagaan parti Warisan.

“Mengikut perlembagaan parti, kalau mereka sudah umum untuk keluar, secara automatik keahlian mereka terbatal dan mereka tidak perlu lagi menghantar surat untuk maklumkan kepada parti.

“Mengenai tindakan ke atas mereka, kita (parti) akan bincangkan nanti. Berikan kami masa untuk berbincang dan akan dimaklumkan kepada pemberita,” katanya. 

Ketika ditanyakan sekiranya kedua-dua Adun terbabit telah memaklumkan mengenai perkara terbabit kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Loretto berkata:

“Itu kena tanya Peter (Anthony) atau Juil kalau mereka ada berhubung dengan presiden.”  

Pada Selasa, media melaporkan Peter mengumumkan keluar dari parti Warisan bagi menubuhkan sebuah parti baharu tempatan.

Katanya, parti baharu yang bakal ditubuhkan itu adalah sebuah parti mesra Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang akan menyokong kerajaan negeri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.