
Kota Kinabalu: Seorang peniaga warga Pakistan didenda RM59,700.76 atau penjara 36 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki 8,936 batang rokok seludup.
Wakeel Khan Juma Khan, 45, mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou yang dia memiliki rokok tidak dibayar cukai kastam bernilai RM5,970.76 pada pukul 10.30 malam 15 April tahun ini di Azra Food Marketing, Kg Likas, Jalan Haiwan di sini.
