Watch S1 akan dilancarkan bersama-sama flagship Xiaomi 12

Digital
27 Dec 2021 • 2:42 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Maklumat terbaharu yang terbocor di dunia maya menunjukkan yang Xiaomi akan mengumumkan seutas jam tangan pintar bersama-sama siri Xiaomi 12 pada 28 Disember ini. Daripada teaser yang dikongsikan, anda boleh lihat sekelumit fizikaliti Xiaomi Watch S1 yang dipaparkan miliki bentuk seakan Mi Watch Revolve yang sudahpun berada dalam pasaran.

image is not available

Sungguhpun kita tidak ada lagi spesifikasi teknikal Watch S1, kitab oleh merujuk kepada model yang sudah ada dalam pasaran sebagai penanda arasnya. Contohnya, ia berkemungkinan besar miliki badan diperbuat dairpada besi dan berbentuk bulat. Di bahagian muka, anda akan temui panel AMOLED 1.39: oada resolusi 454p.

image is not available

Sejumlah sensor boleh ditemukan pada jam tangan pintar ini seperti pengimbas nadi, akselerometer tiga paksi, geomagnetic, dan beberapa sensor lain. Untuk hayat bateri, anda boleh jangkakan sehingga 14 bari berbekalkan bateri 420mAh dengan waktu mengecas sekitar 2.5 jam.

Perlu diingatkan yang itu cumalah jangkaan berdasarkan apa yang sudah sedia ada dalam pasaran. Di Malaysia, kitab oleh dapatkan Mi Watch dan Redmi Watch 2 Lite masing0masing pada harga RM469 dan RM249.

Sumber: Gizmochina

Bacaan berkaitan