Rasa Lengan Disentak, Salman Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Dipatuk Ular

Entertainment
27 Dec 2021 • 12:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Aktor terkenal Bollywood, Salman Khan dikejarkan ke Hospital Kamothe di Mumbai selepas dipatuk ular.

Kejadian itu berlaku semasa pelakon berkenaan sedang duduk sambil berbual dengan rakan-rakan di rumah ladangnya di Panvel.

Bagaimanapun, Salman kini berada dalam keadaan baik apabila difahamkan dia dipatuk ular yang tidak berbisa.

Kejadian berlaku pada malam Sabtu, dia sedang duduk dan berborak dengan rakan-rakannya dan kemudian merasakan lengannya disentuh secara tiba-tiba dan terus menyentaknya.

Menurut laporan IndiaToday, Salman merancang untuk meraikan hari ulang tahun kelahirannya dan turut menjemput beberapa rakan dan ahli keluarga terdekat ke rumah ladang itu.

Ketika itulah rakannya ternampak ular itu dan mereka segera panik dan menjerit meminta tolong.

Selepas enam jam menerima rawatan di hospital, Salman dibenarkan keluar dari hospital dan kini sedang berehat di rumah ladangnya itu.

image is not available 1 minggu lalu

Sempena Hadiah Kahwin, Katrina Kaif Terima Kereta Bernilai RM1.7 Juta Dari Salman Khan